Sunday 22 January 2017

PELABURAN DAN PENGORBANAN


Pulang dari Program ALIM hari pertama, terlihat Puteri Purut cantik bertudung di atas sofa.

CERITA PUTERI PURUT NOR AIRA ZAHIRAH


Ibu menyapa, "Hai sayang. Cantiknya".

Jarang sekali Puteri Purut mengenakan tudung yang dihadiahkan oleh MakTamnya.

Asyik Puteri Purut melukis di buku nilam, ibu terus bertanya, "Apa aktiviti purut hari ini?"

Dia pun bercerita, aktiviti dari pagi.

Mula dengan bantu ayah kemas apartment untuk disewa di Vega Residensi. Dia kata, ayah belum bayar lagi upah dia tolong kemas, RM5. Ayah menjeling dan berkerut pada ibu. Haha, ibu gelak.

Kemudian belajar berenang dengan Kakak Alya. Teruja Purut update ibu yang dia sudah pandai berenang tanpa surfing board.

Kemudian ke Perpustakaan Shah Alam, membaca dan meminjam beberapa buah buku. Sebaik sampai rumah, isi siap maklumat buku yang dibacanya di dalam buku nilam. Sudah 128 buku yang dibacanya sejak awal tahun.

Gigih Puteri Purut.

Terisi hari cuti nya dengan aktiviti yang menggembirakannya.

Alhamdulillah kerana suami dan anak-anak faham kesibukan ibunya.

Kata Guru, pada setiap pekerjaan (pelaburan) yang kita pilih, ada sesuatu yang kita perlu korbankan. Ada sesuatu yang kita perolehi dan akan ada sesuatu yang kita boleh pelajari.


21 FEBRUARY 2016

Www.seriaishah.com
#SeriAishah

No comments:

Post a Comment