Sunday 22 January 2017

SEMANGAT AZAM PURUT



Minggu lalu, ketika di dalam penyampaian lapuran SPM kakak Alya dan kawan-kawannya di sekolah kakak, Aira sempat bertanya.

PuteriPurut : Sekolah kakak ni kan yang terbaik di Johor, tapi kenapa sekolah kita (SK TUDM) bukan yang terbaik di Selangor?

Bonda : Untuk jadi yang terbaik, mereka kira markah. Makin ramai anak murid dapat A dan aktif dalam aktiviti, baru sekolah dapat banyak markah.

Sekolah mana yang dapat markah tinggi, dialah yang terbaik.

PuteriPurut : Kita pun dapat 5A jugak darjah 1.

Bonda : Selepas ni, Aira ajaklah kawan-kawan lain rajin belajar. Dapatkan A semua pelajaran. Lepas tu kalau ada aktiviti cikgu tanya, join lah.

Contoh, kalau 100 murid dapat 5A dan aktif, mesti SK TUDM dapat jadi sekolah terbaik di Selangor tahun ni.

PuteriPurut : OK


CERITA PUTERI PURUT NOR AIRA ZAHIRAH


Sebaik sampai ke rumah jam 10 malam tadi, bergegas Puteri Purut capai buku dan papan tulis nya.

Bermula esok (Hari ini, Isnin) dah mula minggu peperiksaan.

Dia tak merungut tak juga mengeluh.

Ambil buku dan terus buka, baca dan menulis di white board. Gigih.

Jam sudah 11 malam. Masih setia menghadap buku.

Bonda bagi masa sampai jam 11:15 paling lewat, mesti masuk bilik dan tidur.

Dengan semangat, kesungguhan dan keazaman pada dirinya, di doakan Puteri Purut akan terus berjaya mencapai cita-cita nya.

Amiiin.

7 MARCH 2016

#determination
#puteripurut 

No comments:

Post a Comment