Blog ini mengumpulkan kisah-kisah Puteri Purut yang pernah disiarkan di laman Facebook Bundo.
Sunday 22 January 2017
KELETAH PUTERI PURUT : KELIRU
Sejak bermula cuti sekolah sepanjang CNY ini, kami asyik mengusik PuteriPurut.
Ibu : Bila Aira naik sekolah?
Puteri Purut : Cikgu kata cuti sampai 12 Februari.
Ibu : OK. Hmmmm maksudnya 15 Februari baru naik sekolah.
Puteri Purut : Sampai 12 haribulan ajelah ibu!
Ibu : Betullah tu. Cuti sampai 12 hb. 12 tu hari Jumaat. 13- Sabtu. 14 - Ahad. Cikgu beritahu cuti pada hari persekolahan ajer.
PuteriPurut diam.
Ibu ingat, dia sudah faham duduk perkara.
Pagi ini, sebelum keluar bekerja, ibu nampak 'kekeliruan' PuteriPurut yang belum selesai.
Jadi, ibu menjawab dalam jadual yang ibu rasa, Puteri Purut boleh faham dengan jelas.
Atau ada cara lain yang lebih mudah untuk memadam kekeliruan Puteri Purut?
Boleh share?
10 FEBRUARI 2016
#diariKakSeri
#anakanda
#puteripurut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment