Purut minta hadiah.
Macam-macam justifikasi Purut beri untuk katakan dia layak terima hadiah dari kami. Kali ini tempat pertama dalam kelas mahu pun aliran bukan milik Purut. Itu yang mencabar diri nya.
Akhirnya kami akur. Purut mahu hadiah apa?
"Ala... ayah ibu fikirlah. Takkan lah hadiah kita, kita nak fikir. Kita nak surprise."
Eh! Pulak.
Berjenuh juga lah kami fikir. Seminggu Purut bagi tempoh.
"Boleh kan kalau kita nak hadiah tu selepas Hari Kecemerlangan sekolah (Jumaat). Hehehe kalau dapat atas pentas sekolah pon best."
Ooops. Atas pentas sekolah itu, a big no! Anando Purut. Hahaha...
Dia mahu hadiah ketika keterujaannya masih 'panas'.
Di pendekkan cerita, hadiah sudah beli, dateline dah tiba.
Ayando, tulis peraturan mendapat hadiah di papan luahan Purut. Purut perlu tandatangan. Tanda setuju sebelum terima hadiah.
Purut 'sign'. Perjanjian termaktub.
Good Luck Purut!
No comments:
Post a Comment