Friday 27 January 2017

DEBARAN SEMINGGU PURUT

18 NOVEMBER 206

Jam 9:00 malam tadi, Purut sudah mahu masuk bilik tidur. Tarik ayando masuk bilik untuk sessi 'bed time story'.

Bundo : Cepatnya nak tidur?

Purut : Tomorrow is my big day. I don't wanna be late!

Sebenarnya, sudah seminggu Purut menunggu hari ini. 18 November 2016 Hari Kecemerlangan sekolah.

Setiap hari, sepanjang minggu, riuh mulutnya bercerita. Tentang latihan, tentang dialog, tentang pertukaran langkah tari.

Ada kala, Purut beritahu Bundo kakinya lenguh kerana berlatih terlalu lama. Bundo ambil minyak, sapu batang betis. Bundo tahu, itu drama keseronokan.

Ada hari Bundo pulang lewat dari pejabat, Purut sudah lena di ulit mimpi. Bundo kejut Purut lebih awal pagi esoknya, tak mahu terlepas cerita terkini.

Hari ini tiba jua. Habis satu rumah riuh di dinihari di buatnya. Suara kuat sekuat debaran dan keterujaan dia.

Tahniah Purut.

Pesan Bundo : Ambil peluang tingkatkan diri. Guna peluang serlah kelebihan. Jadi berani. Ia kekuatan hadapi cabaran.


CERITA PUTERI PURUT NOR AIRA ZAHIRAH

No comments:

Post a Comment