Friday, 27 January 2017

INOVASI

CERITA PUTERI PURUT NOR AIRA ZAHIRAH

26 NOVEMBER 2016

Teringat dulu-dulu, kerja balut buku bukan satu kerja yang mudah. 

Ukur, gunting dan gam. Satu buku boleh ambil masa 5 minit. Nak habis kan semua berjam-jam.

Belum masuk kes tersalah potong sebab terlupa nak kira 'basi' lipatan dalam buku. Huhu...

Bila ada inovasi produk seperti pembalut buku segera, anak sekolah rendah tahap 1 sebaya Puteri Purut pun sudah boleh berdikari. 5 minit siap semua!

Dalam bisnes, produk inovasi diperlukan supaya bisnes terus berdaya saing dan kekal relevan.

Teringat pula kepada Zhuge Liang (The 3 Kingdom) yang memberi nafas baru kepada pengangkut bekalan makanan (Wooden Ox Steed) ke kem perang apabila terpaksa melalui laluan Jiang yang sempit berbukit.

😊😊

No comments:

Post a Comment