Friday 27 January 2017

PRAKTIS PURUT

4 MAY 2016

CERITA PUTERI PURUT NOR AIRA ZAHIRAH


Idea Purut sedikit berbeza. Selain menulis tips yang dipelajari di dalam Seminar Otak Cantik Otak Cerdik, ada sesuatu yang lain turut dicatat.

Apa tu?

Lukisan wajah #DrOtak DrRizal Abu Bakar di buku nota Purut. ðŸ˜„

2 hari sudah berlalu. Purut pun mula mempraktiskan ilmu dapatannya.

Sebelum ini Purut tidur bertemankan lampu tidur. Sekarang lampu tidur hanya digunakan sementara sahaja. Kata Purut, "Kita bukak 10 minit aje sebelum tidur. Nak bagi mood tidur".

Titbits juga sudah ditukar. Pulang dari Econsave, lain benar bentuk beliannya. Tiada lagi biskut Tiger atau Julies. Hanya biskut Oat dan Wholemeal. Juga kacang-kacang sihat bukan Nganyin. ðŸ˜Š

Bagus Purut.

Berubah perlahan-lahan. Yang penting bermula dari keinginan diri. Bonda sokong dan perhatikan dari 'belakang'.

#MisiOtakCantik
#PuteriPurut

No comments:

Post a Comment