Sunday 22 January 2017

PHOTOSTAT

CERITA PUTERI PURUT NOR AIRA ZAHIRAHCERITA PUTERI PURUT NOR AIRA ZAHIRAH


Semasa Puteri Purut kecik-kecik dulu, dalam usia 4 tahun, dia suka mewarna watak dalam kartun idolanya WINX. 

Ada beberapa karakter dalam kartun ni antaranya Bloom, Tecna, Stella dan Flora.

Setiap kali mahu mewarna, dia minta Bonda lukis. Walaupun air tangan bonda kurang lembut, tapi Purut kat lawa. Ok lah tu. 😂

Disebabkan bonda harus melukis watak Winx berulang kali, maka bonda dapat idea. Photostat 'karya' original beberapa keping dan berikan salinan bila Purut minta.

Bayangkan, lukisan harus seperti di gambar. 😢. Memang lega betul larr dengan idea photostat tu.

*****

Sekarang, Puteri Purut dah besar.

Bonda tak perlu melukis untuknya. Dia suka mewarna menggunakan Buncho Watercolor. Setiap kali selesai mewarna, dia akan lekatkan di dinding untuk jualan.

Menghargai air tangan seni dan usahanya, maka bonda pun tempahlah lukisan Purut.

Tak sampai beberapa minit, Purut bawa lukisan yang lebih kurang sama dengan yang masih terlekat di dinding.

Ibu : Rajinnya Aira lukis banyak-banyak!

Purut : Taklah. Yang ni kita 'POTONGSTET'

Ibu : Hahahaha... (Teringat kisah lama...)


4 DECEMBER 2015

#KakSeri #SeriAishah

No comments:

Post a Comment