Friday 27 January 2017

PESAN BONDA : POSITIFKAN EMOSI.

14 APRIL 2016

Guru Bonda berpesan : POSITIFKAN EMOSI.

Bonda gali dan mencari, apa makna disebalik pesanan Guru. Jari jemari laju menaip kata kunci.

Dalam pencarian Bonda ketemu beberapa perkara untuk Bonda kongsikan bersama anakanda.

Kenapa GELAP itu hadir? Kerana tiada CAHAYA.

Kenapa SEJUK itu hadir? Kerana tiada PANAS nya.

Kenapa SEDIH itu hadir? Kerana tiada GEMBIRA nya.

Berfikir semula, Bonda rungkai rahsia pertama.

Bagaimana POSITIF itu hadir? Di kala tiada NEGATIF nya.

Betul juga. Untuk hadirkan perkara positif dalam diri, kita perlu buang perkara negatif.


CERITA PUTERI PURUT NOR AIRA ZAHIRAH


Kita tinggalkan buruk sangka, kita tinggalkan duka dan dendam lama, kita tinggalkan penyesalan.

Tanpa buruk sangka, kita nampak indahnya ukhwah yang terbina.

Tanpa ingatan luka lama, kita syukur indahnya nikmat hidup yang sekarang kita rasa.

Tanpa sesalan , kita akan maafkan diri dan menghargai setiap kejayaan yang kita kecapi.

Purut fahamkan ini dulu. Bonda kongsi lagi nanti..

#BondaPurut
#SeriAishah

No comments:

Post a Comment