Friday 27 January 2017

GIGIH PURUT

CERITA PUTERI PURUT NOR AIRA ZAHIRAH
10 APRIL 2016



Hari ahad penuh aktiviti buat Purut.

Bermula jam 7:30 pagi sudah bermula kelas belajar berenang dengan Teacher Haliza Ashaari

Hari ni, Kakak Alya yang hantar ke Monterez. Awal pagi, ayahbonda harus ke KLIA raikan perjalanan MakAnjang ke Tanah Suci.

Teacher Haliza buat lapuran, latihan pernafasan makin bagus dan lancar. Hantar sekali dengan video. Terbaik Teacher!

Lebihkurang jam 10:30am, sebaik sampai ke rumah dari KLIA, sudah lewat sejam untuk temujanji kelas jahitan.

Bonda tanya Purut, "Masih nak pergi kelas jahitan?"

Purut menjawab panjang, "Naaaaaak".

"OK. Cepat siap". Bingkas bonda.

Teringat cerita awal pagi tadi. Tika kejutkan Purut untuk solat subuh, sempat Purut bertanya,

"Ibu, nak pergi kelas jahitan nanti nak kena bawak JARUM ker?"

Haha... semangat sangat lah tu!. Bonda balas, "Tak perlu, kat kelas semua dah ada".

Sebelum tinggalkan Purut dan kawan-kawan di kelas jahitan AFDI milik Puan Asfarena Arena tadi, Bonda sempat berpesan pada Purut.

"Masa menjahit, muka mesti senyum. Barulah jahitan kita jadi kemas dan cantik".

😊😊😊😊😊😊

#PuteriPurut
#bakat
#SeriAishah

No comments:

Post a Comment