Tak lama dulu, Purut cerita, "Ibu tau tak? Kita baca dalam buku kan, dia kata, sesiapa yang menghafaz surah Al-Mulk, orang tu tak kena seksaan kubur. Nanti kita nak hafal lah."
Ha... minggu ini, Purut cuti 4 hari sempena Ujian UPSR di sekolah. Dalam mencari tugasan yang sesuai untuk Purut, Bundo teringat cita-cita Purut dulu tu.
Jadi nya, ini tugasan Purut. Hafal Surah Al-Mulk. Ada 30 ayat. Hafal 8 ayat sehari, habis cuti, selesai keseluruhan surah.
Permulaan hari ini sudah selesai 6 ayat pertama.
Chaiyok Purut!!
😊😊
No comments:
Post a Comment