Friday 27 January 2017

MANJAAN PURUT

3 OGOS 2016

Bonda ini macam ibu kucing yang baru melahir anak. Mahu selalu membelek-belek, menjilat-jilat, mengeram.😁😁

Ayahanda kata usah terlalu manjakan sangat Purut itu.

Sambungnya, "Biarlah pokok tumbuh merimbun, membesar cantik dengan sendiri. Gayanya, cabangnya, tingginya. 

Usah diikat pada tiang, pembesaran tidak natural dan akan merubah kecantikan aslinya.

Hanya 'baja' yang kita jaga. Supaya cukup keperluan asas. Tidak layu dan goyah dengan persekitaran"

Bonda terkesima. Dalam maksud kata ayahanda.

😊 😊

#PuteriPurut

No comments:

Post a Comment