Nombor 2 di dalam kelas. No 8 di dalam darjah.
Ini cerita Jumaat lalu. Ayah ke sekolah mengambil Lapuran Keputusan Peperiksaan.
Punyalah seronok Puteri Purut bila dapat tahu beliau dapat tempat ke-2 dalam kelas. Di luar jangkaannya.
Bila ditanya kenapa, jawabnya, "Kita tak sangka sebab kita tak pandai sangat Bahasa Arab".
Hehehe..
Apapun keputusannya, KIPIDAP Purut!
p/s: Tarik baju ayah, minta belikan ayam KFC untuk berbuka. Hadiah No 2, bisiknya.
21 JUN 2015
#keletah #anak #puteripurut #famili #KakSeri #senyum#keluargabahagia #Amiin
No comments:
Post a Comment