Friday 27 January 2017

HILANG!

13 JULY 2016

Sejak pulang beraya, ANNA tidak nampak bayang. Mak Buyong hilang!

Yang paling sedih dan risau sudah tentulah Puteri Purut. 

Dia minta maklumkan kepada seluruh penduduk kawasan. 

Katanya, balik sekolah nanti mahu naik basikal dan tampal poster di pokok-pokok sekitar kawasan.

Bonda tak benarkan atas faktor keselamatan Purut. Huhu...

Kami pulang lewat dari pejabat petang semalam. Sampai depan rumah, nampak poster melekat di pagar.

Salah satu poster tertulis ANNA ROHANA. Hehe.. baru hari ni kami tahu nama sebenar Anna. 


CERITA PUTERI PURUT NOR AIRA ZAHIRAH


Warga DSP sekitar Masjid Attaqwa , andai ternampak kucing betina putih tompok coklat, itulah kucing kami.

Terima kasih dari kami @ Jalan 3

😢😢

No comments:

Post a Comment