Saturday, 21 January 2017

FB PURUT

Cerita Puteri Purut dan fb

Sejak kebelakangan ni, Purut suka sangat nak baca posting KakSeri di fb. Setiap kali sebelum tidur, Purut mintak baca wall fb KakSeri. Bukan posting aje dengan komen sekali di akan baca kuat (nada membaca). 

Malam tadi sedang KakSeri asyik dengan My Kitchen Rules episod 43, Purut datang membisik. Mahu akaun facebook.

CERITA PUTERI PURUT NOR AIRA ZAHIRAH


KakSeri tidak tanya kenapa tetapi KakSeri setuju dengan permintaannya.

Suka hati bukan kepalang. Lompat lompat atas sofa L-shape.

"Yeay yeay kita ada facebook". Diulang-ulang sambil melompat lompat riang. Sesekali datang dekat untuk lihat bonda create gmail dan fb akaunnya.

Dia pilih pic profile dan cover photonya. Dia mahu nama penuh. Bonda cadangkan nama Puteri Purut sebagai nickname. Dia setuju.

Sebaik selesai bonda ajar cara add friend dan accept friend request. Bonda pesan hanya add ahli keluarga sahaja dulu.

Sibuk sekali hantar wassup kepada group family.

" Hello tadi ibu buatkan facebook untuk kita please add friend. ðŸ˜ŠðŸ˜Š"

KakSeri teruja nak tahu apa dalam fikiran Purut.


12 OGOS 2015

#keletah #celoteh #puteripurut #anakanda #KakSeri#SeriAishah #senyum
#Lexee #tualawanitakesihatan
#GuruBMC #businesscoaching
#JubahEksklusifSeriAishah

No comments:

Post a Comment