Alhamdulillah.
Pada ketika waktu berbuka hari ini (Hari Arafah) 23September, KakSeri sekeluarga masih lagi berada di atas jalanraya menghala ke Johor Bahru.
Membawa bekal yang cukup untuk mengalas perut di dalam kereta kerana kami tidak bercadang untuk berhenti berbuka di RnR.
Menjelang waktu berbuka, juga di dalam waktu Arafah yang afdal berdoa, kami panjatkan munajat kami berdoa bersama-sama.
Terimakasih kepada mereka yang berkongsi doa di dalam whatsapp sebagai tambahan doa sediada.
Puteri Purut adalah insan yang sangat gembira hari ini kerana berjaya berpuasa Arafah, walau keadaan nya selsema dan batuk. Alhamdulillah.
Gambar : Puteri Purut sedang menaip Diary nya... KakSeri skodeng.

****
Ya Allah kurniakanlah pada kami Kejayaan terbesar iaitu selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
Ya Allah masukkanlah kami dan keluarga kami dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
Ya Allah, Kurniakanlah pada kami kematian yang diberkati. Izinkan kami mengucapkan syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah pada kami syafaat Rasulullah (saw).
Ya Allah masukkanlah kami dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
Ya Allah, satukan kami dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang kami sayangi semata-mata kerana Mu.
Ya Rabb, sempurnakan agama kami dan ibadat kami. Selamatkan kami daripada kejahatan dan izinkan kami menyempurnakan sebahagian daripada agama kami.
Ya Allah terimalah amalan baik kami dan tingkatkan pahala dan rahmat untuk kami. Padamkan dosa-dosa kami dan ampunkan kami sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untuk kami dan selamatkanlah kami dari kehinaan pada hari hitungan amal.
Ya Allah, apabila kami mati, biarlah jiwa kami dan rekod amalan kami menjadi amalan tertinggi
Ya Allah kurniakan kami, ibu bapa, keluarga dan anak-anak kami bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
Ya Allah, masukkan kami dalam golongan yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkal kami padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaan kami dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
Ya Allah tingkatkanlah kecintaan kami untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
Ya Allah ampunilah kami dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
Ya Allah berilah kami lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
Ya Allah ya Rabb, sucikan niat kami hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan kami dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
Oh Penciptaku dan Tuhan kami, jangan biarkan kami sendirian. Berkati kami dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mata kami.
Oh Tuhan kami, jadikanlah kami dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapa kami.
Selamatkanlah kami dari Fitnah Dajjal.
Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.
Ya Allah, tingkatkanlah usaha kami dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
Ya Allah, berkati hidup kami dengan kesihatan yang baik, agar kami dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayat kami.
Ya Allah, lindungi kami dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
Tuhanku, berkati hidup kami dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah kami dari api neraka. Sesungguhnya kami memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
Ya Allah tingkatkanlah kesyukuran kami semata-mata kepada Mu.
Ya Rabb, selamatkan kami dari kemunafikan.
Ya Allah, izinkan kami , isteri dan anak-anak menjadi antara jemaah menunaikan Haji pada tahun akan datang.
Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
Ya Allah, kami berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
Ya Allah berikan kami kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga kami dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
23 SEPTEMBER 2016
No comments:
Post a Comment