Saturday, 21 January 2017

RAJUK DAN PUJUK


Kemanjaan GenZ. Alasan tak mahu ke sekolah kerana van sekolah berpusing jauh dahulu sebelum menghantarnya pergi dan balik.

CERITA PUTERI PURUT NOR AIRA ZAHIRAH


Hmmm...
Bonda perlu cerita semula pada Puteri Purut. 

Bagaimana semangat bonda mahu ke sekolah. Walaupun perlu berjalan berkilometer dari rumah. Tiada alasan selain semangat kemahuan.

Sekitar akhir 70an dan awal 80an, berusia 8-12 tahun, KakSeri sudah boleh percaya pada diri sendiri.

Ke sekolah agama berjalan kaki dari kawasan Masjid Jamek Kota Tinggi ke Sekolah Agama di Jalan Tajul Kota Tinggi.

Berjalan dibawah terik matahari, ke sekolah yang bermula jam 230pm. Ya, setelah pulang dari sekolah kebangsaan di sebelah pagi.

KakSeri dan abang (tua setahun) brrsama-sama berjalan kaki melepasi Masjid Jamek, Bangunan Bomba, melaluu Jln Hj Mohd Amin, lalu pula kawasan Hospital, memasuki kawasan bandar, menyeberangi Jambatan Kota Tinggi, ke bawah kolong.

Check GoogleMaps mau 3-3.5km juga jaraknya. Bayangkan untuk tenaga budak sekolah rendah.

Bila fikir balik, macam tak terjangkau dek akal. Abah KakSeri bekerja di Johor Bahru, ibu pula suri rumah. Tak pasti pula apa kekangan waktu itu sehingga KakSeri bersama abang harus berjalan kaki sejauh itu ke sekolah (dengan iringan doa dan tawakkal bonda KakSeri sudah semestinya)

Persoalannya ialah, di situasi itu, apakah yang memaksa diri KakSeri sekolah dalam masa yang sama melupakan keletihan perjalanan?

Adakah kerana seronok dapat berjumpa dan berkawan-kawan di sekolah?

Adakah kerana suasana sekolah yang mesra dan menyenangkan?

Adakah kerana seronoknya belajar?

Adakah kerana takut ponteng dan takut dihukum cikgu?


9 JULY 2015

#diari #kenangan #teladan #KakSeri

No comments:

Post a Comment