5 DISEMBER 2016Pagi ni Puteri Purut mendaftar ke Kem Cuti Sekolah selama 3 minggu. For the first time.Petang semalam (Ahad) sudah mula mengemas keperluan seperti telekung, Al-Quran, buku nota dan beg kecil stationary.Excited mungkin.
Bed-time story, minta Bundo cerita pengalaman Bundo sertai kem.
Berapa kali pergi kem?
Buat apa dalam kem?
Seronok tak ?
Dalam borang pendaftaran, ada soalan 'Apakah nilai yang mahu diberi penekanan?'
Bundo tulis, 'Seni berkawan-kawan, bekerjasama dan kepimpinan.
Best of luck, Purut !
😊
😊
3 DISEMBER 2016Lewat malam sebelum melelap mata, Puteri Purut keluarkan soalan.Ayah, macamana kalkulator boleh kira cepat?Tu dia.... explorasi minda Purut.
😊
😊
27 NOVEMBER 2016Sebelum bergerak ke Melaka, susun kemas khutub khanah mini.Purut mahu ruang tersendiri. Bundo pun sama. Maka kabinet putih kami punya. Bundo ambil bahagian atas, Purut ambil 3 ruang di bawah.
Susun cara tersendiri. Purut happy Bundo juga.
20% lagi... kerja akhir paling letih mahu disudahkan. Menyisihkan saki baki.
😎
😎